Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Jangan jadi seperti Imelda Marcos, kata SPRM
    Am

    Jangan jadi seperti Imelda Marcos, kata SPRM

    adminBy admin20/04/2021Updated:20/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SHAH ALAM | Rakyat di negara ini diingatkan supaya tidak mengagungkan individu yang mempunyai kesalahan rasuah seperti yang pernah berlaku di Filipina, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil.

    Beliau mengambil contoh bekas wanita pertama, Imelda Marcos selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan rasuah ketika pemerintahan dua dekad suaminya yang juga bekas diktator, Ferdinand Marcos tetapi telah dipilih oleh rakyat sebagai anggota kongres di negara tersebut.

    “Kita tak mahu walaupun seseorang itu didapati bersalah dan telah dihukum tetapi seolah-olah dia itu tidak melakukan kesalahan. Itu yang kita pelik masyarakat sekarang.

    “Ini kita tidak mahu jadi sebagaimana yang berlaku di Filipina. Walaupun kita dengar Imelda Marcos, dia punya beg atau kasut serta pakaian beribu, tetapi akhirnya apa jadi? Rakyat Filipina angkat dia sebagai seorang senator.

    “Jadi di mana nilainya kalau masyarakat kita walaupun kita benci rasuah tetapi akhirnya kita mengagungkan orang yang telah didapati bersalah dalam kes rasuah.

    “Ini yang kita perlu menyokong penuh apa yang dilakukan menerusi Rasuah Busters,” katanya ketika berucap sempena Majlis Pelancaran #RasuahBusters bersama Allianz Malaysia dan majlis berbuka puasa di sini pada Isnin.

    Imelda terkenal kerana memiliki sejumlah besar koleksi kasut, barang kemas dan lukisan berdepan puluhan kes dihadapinya sejak keluarganya digulingkan dalam satu kebangkitan popular disokong tentera pada tahun 1986.

    Mahkamah rasuah di negara itu telah mengarahkan Imelda, juga anggota kongres menjalani hukuman penjara antara enam dan 11 tahun bagi setiap tujuh kesalahan rasuah.

    Dia didakwa kerana mengarahkan pemindahan tujuh bank berjumlah AS$200 juta (RM835.81 juta) kepada yayasan Switzerland ketika penggalnya sebagai gabenor ibu kota tersebut.

    Imelda yang berkhidmat tiga penggal sebagai anggota kongres mendaftar untuk bertanding dalam pilihan raya menggantikan anak perempuannya, Imee Marcos iaitu seorang gabenor di Ilocos Norte, kubu kuat keluarga Marcos yang masih berkuasa.- SINAR HARIAN

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTiga kluster baharu direkodkan di Kelantan
    Next Article Covid-19: Tuduh KKM manipulasi data boleh berdepan tindakan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.