Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Jenazah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor selamat dikebumi
    Am

    Jenazah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor selamat dikebumi

    adminBy admin20/04/2021Updated:20/04/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SHAH ALAM | Jenazah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor, Abdul Rahman Baba yang meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 89 tahun selamat dikebumi di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 dekat sini pada jam 2.45 petang tadi.

    Jenazah Allahyarham tiba di makam diraja pada 1.30 tengah hari selepas dimandi dan dikafankan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Solat jenazah dilakukan di masjid sama selepas waktu zuhur.

    Turut berangkat ke upacara pengebumian itu ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

    Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga bekas Menteri Besar Selangor; Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pemangku Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan.

    Abdul Rahman meninggal dunia kerana sakit tua di kediamannya di Seksyen 13 pada 3.40 pagi.

    Terdahulu, Amirudin dalam kenyataan hari ini turut mengucapkan salam takziah kepada Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin.

    “Patik mewakili seluruh rakyat Selangor mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan dosa dan ditempatkan dalam kalangan mukmin yang soleh serta mendapat husnul khatimah. Al-Fatihah,” katanya. – BERNAMA

    Tamat.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleGabungan UMNO, PAS dan BERSATU ibarat main sepak takraw
    Next Article Tiga individu ditahan disyaki terbabit iklan judi
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.