Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Penemuan ketulan batu kecubung, batu gunung berapi
    Am

    Penemuan ketulan batu kecubung, batu gunung berapi

    alisha natashaBy alisha natasha21/04/2021Updated:21/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    JELI | Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menemukan ketulan batu kecubung atau nama saintifiknya amethyst yang bernilai tinggi ditemui di beberapa lokasi kawasan perlombongan.

    Penemuan berkenaan diperoleh ketika 48
    48 pelajar Geosains, Fakulti Sains Bumi (FSB), UMK dan 36 mahasiswa jurusan Geologi dari universiti di Indonesia melakukan Program International Geomapping Jeli (IGJ) 2021 di kawasan Jeli, Kelantan dan sekitarnya.

    Ketua Jabatan Geosains FSB, Dr Wani Sofia Udin berkata, eksplorasi IGJ kali ini merekodkan satu penemuan terpenting hasil dari kajian tersebut iaitu penemuan ketulan batu kecubung atau nama saintifiknya amethyst yang bernilai tinggi ditemui di beberapa lokasi kawasan perlombongan.

    Beliau berkata, daripada kajian tersebut para peserta turut menemui ketulan batuan kuartza dan penemuan dragfold iaitu kesan geologikal struktur pada batuan yang amat jarang ditemui.

    “Turut ditemui ialah batuan jenis pyrite dan batu gunung berapi di mana dengan penemuan tersebut, pelajar dapat mengkaji morfologi dan mengemaskini peta geologi kawasan Jeli melalui aktiviti pemetaan yang dilakukan.

    “Kajian kali ini memberi hasil yang penting kepada para mahasiswa khususnya untuk memberi pendedahan terhadap pemetaan geologi serta mengaplikasikan di dalam kerja lapangan ini,” katanya.

    Perkara itu dimaklumkan pada Majlis Penutupan Program International Geomapping Jeli (IGJ) 2021, di Dewan Utama, UMK Kampus Jeli, di sini.

    Program anjuran Jabatan Geosains, FSB dengan kerjasama Pusat Antarabangsa UMK ini menerima penyertaan dari Institut Teknologi Bandung, Universitas Jambi, Universitas Tadulako, Universitas Padjadjaran, Universitas Hasanuddin dan Universitas Gadjah Mada.

    Peserta antarabangsa akan mengikuti kajian secara maya dimana pelajar UMK akan membuat panggilan video kepada peserta antarabangsa bagi menerangkan hasil penemuan batuan hasil daripada kajian pemetaan di lapangan.

    Menurut Dr. Wani Sofia, para peserta termasuk pelajar antarabangsa yang mengikuti kajian lapangan secara maya itu melibatkan proses pertukaran pelajaran atau kefahaman secara aktif.

    Katanya, peserta diberi tugasan yang berkaitan subjek asas pemetaan untuk dipelajari dan hasil daripada eskpedisi kajian tentang batuan itu mereka berjaya menemui beberapa mineral dan fosil yang terbaharu dan sukar ditemukan.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTujuh Kluster Pendidikan di Kelantan
    Next Article Lelaki maut terjun dari tingkat tiga Suria KLCC
    alisha natasha

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.