Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Sekolah cetus kluster akan dikompaun
    Am

    Sekolah cetus kluster akan dikompaun

    adminBy admin21/04/2021Updated:21/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUANTAN | Polis akan mengeluarkan kompaun terhadap sekolah yang mencetuskan kluster baharu COVID-19 jika ia berpunca daripada pengabaian prosedur operasi standard (SOP).

    Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata langkah itu untuk membendung penularan pandemik COVID-19 di semua sekolah di Pahang.

    Bagaimanapun, katanya, kompaun yang dikeluarkan itu adalah tindakan terakhir selepas pelbagai langkah dilakukan tidak dapat dipatuhi pihak sekolah terbabit.

    “Oleh itu, polis menasihati supaya semua pihak iaitu pasukan pemantau, penguat kuasa dan ibu bapa untuk memastikan sekolah bebas daripada kluster COVID-19.

    “Kita tidak mahu Pahang termasuk antara negeri yang sekolah terpaksa ditutup akibat COVID-19 selain bimbang jika berlaku kluster baharu di sekolah,” katanya.

    Abd Jalil berkata demikian kepada media selepas Mesyuarat Permuafakatan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang bersama Polis Pahang di pejabat JPN Pahang, di sini hari ini.

    Hadir sama, Pengarah JPN Pahang, Mohammad Rosli Abdul Rahman.

    Bagi memastikan tiada kes COVID-19 di sekolah, beliau meminta ibu bapa tidak menghantar anak yang bergejala seperti demam atau selsema ke sekolah.

    “Apabila berlakunya kes di sekolah, ia akan merugikan anak-anak lain yang ingin ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran mereka,” katanya.

    Sementara itu, Mohammad Rosli berkata, jabatan meminta semua guru, kakitangan dan pelajar yang bergejala tidak hadir ke sekolah.

    “Ibu bapa kena kenal pasti anak mereka dan apabila mempunyai gejala, mereka tidak perlu menghantar anak mereka ke sekolah,” katanya. -BERITA HARIAN

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePKP di Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang esok
    Next Article RON 95, disel kekal, RON 97 naik 4 sen
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.