KUALA LUMPUR: Netizen atau pengguna media sosial membanjiri platform itu dengan ucapan selamat hari jadi kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dan mendoakan beliau terus tabah dalam tanggungjawab memerangi COVID-19 di negara ini.
Dr Noor Hisham menyambut ulang tahun ke-58 hari ini.
Tinjauan ke halaman Facebooknya mendapati, warga maya daripada pelbagai latar belakang menyatakan sokongan kepada beliau, malah ada yang merindui kelibatnya berikutan sudah lama tidak tampil di kaca televisyen menyampaikan sidang media harian perkembangan pandemik berkenaan seperti sebelum ini.
“Happy Birthday Tan Sri! Wish you good health, happiness, and success in all your endeavors,” tulis Megha Sivaram.
“Selamat Hari Lahir Dato’, semoga Allah sentiasa merahmati Dato’ dan pasukan Dato’ yang sentiasa berada di hadapan dalam ‘peperangan’ ini,” tulis Mohd Adzlan Bin Omar pula.-BERNAMA