KOTA BHARU | Sebanyak tujuh kluster pendidikan COVID-19 yang direkodkan di Kelantan dengan membabitkan 464 kes.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, ia membabitkan 10 daerah membabitkan guru, kakitangan dan pelajar sekolah.
Katanya, kluster berkenaan membabitkan sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Yayasan Islam
Kelantan (YIK).
“Tujuh kluster pendidikan ini termasuk Kluster Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung, Kluster Jalan Hospital, Kluster Pulai Chondong, Kluster Tangok dan Kluster Kok Lanas.
“Kota Bharu merekodkan bilangan paling ramai iaitu 189 individu diikuti Tumpat 113 dan Tanah Merah seramai 55 individu,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.