KOTA BHARU | Selepas Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTAQ), Pulai Chondong, Machang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD), hari ini kerajaan mengumumkan PKP akan dikuatkuasakan di
Maahad Tahfiz Al-Quran, Al-Asriah, Banggol Chicha,Pasir Mas.
Mengumumkan perkara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD di Maahad Tahfiz Al-Quran, Al-Asriah iti akan berkuatkuasa esok sehingga 6 Mei ini.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di Maahad Tahfiz Al-Quran, Al-Asriah, Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan.
“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 46 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 28 kes positif Covid-19 telah direkodkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD terbabit.
“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat tindakan pengawalan jangkitan dan seterusnya mengekang penularan Covid-19 ke komuniti luar,” katanya.