Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Pemandu lemas, treler balak terbalik masuk tasik
    Am

    Pemandu lemas, treler balak terbalik masuk tasik

    adminBy admin22/04/2021Updated:22/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    GUA MUSANG – Seorang pemandu treler balak dikhuatiri mati lemas selepas kenderaan berat yang dipandunya terbabas sebelum terbalik ke dalam tasik di Kilometer 47, Jalan Lojing-Gua Musang di sini hari ini.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang tadi, mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya masih hilang di dalam tasik itu.

    Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, pemandu berusia dalam lingkungan 30-an itu sedang dalam perjalanan membawa muatan kira-kira 50 batang balak dari betau balak tidak jauh dari lokasi kejadian untuk dibawa ke pusat timbang di Kuala Betis di sini.

    Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan berat itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh penghadang di tepi jalan.

    “Insiden itu menyebabkan treler itu terbalik bersama muatan kayu balak ke dalam tasik. Pemandu lori itu dipercayai masih hilang di dalam tasik berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini sebentar tadi.

    Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Mohd. Arifuddin Akif Mohd. Noor berkata, beliau bersama 10 orang anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.15 petang.

    Katanya, bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat mangsa terpaksa ditamatkan pada pukul 6.30 petang tadi ekoran cuaca hujan dan akan disambung semula esok. – K! ONLINE

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKelantan catat kes tertinggi di Malaysia
    Next Article Oksigen kapal selam yang hilang hanya mampu bertahan 72 jam
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.