Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Kes pukul pengawal peribadi: Bersatu Selangor bantu mulakan saman ganti rugi
    Am

    Kes pukul pengawal peribadi: Bersatu Selangor bantu mulakan saman ganti rugi

    adminBy admin24/04/2021Updated:24/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Selangor akan membantu dua pengawal peribadi yang mendakwa dipukul oleh majikannya kerana berpuasa untuk memulakan saman ganti rugi.

    Pengerusinya, Datuk Abdul Rashid Asari berkata buat masa ini kedua-dua mangsa terlibat tidak diwakili mana-mana peguam.

    Beliau berkata, berdasarkan laporan, suspek terlibat juga dikatakan akan didakwa dan diambil tindakan di bawah Akta Kanun Keseksaan Seksyen 506, 109/324 dan 298.

    “Selain itu, panel peguam kami juga akan menulis surat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menggesa mereka meneliti aspek undang-undang sama ada pihak terlibat khususnya suspek utama boleh ditahan bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) berikutan penghinaan ke atas agama Islam.

    “Kami turut menggesa siasatan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) berdasarkan laporan rampasan jongkong emas dan sejumlah wang besar selepas penahanan suspek,” katanya pada sidang akhbar di Hotel Acapella, pada Khamis.

    Rashid yang mewakili Bersatu Selangor turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada dua mangsa terlibat sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

    Mengulas lanjut, Rashid berkata, kedua-dua mangsa berkenaan juga akan diambil sebagai keluarga angkat Bersatu Bahagian Klang bagi membantu pihak terlibat sehingga mereka mendapat pekerjaan baharu.

    “Kami juga akan berusaha untuk membantu mereka mencari pekerjaan dengan segera,” katanya.

    Tambah Rashid, Bersatu Selangor turut mengucapkan syabas kepada pihak berkuasa khususnya PDRM yang mengambil tindakan tegas ke atas suspek selepas kejadian itu.

    “Ini juga menunjukkan kerajaan tidak bertolak ansur terhadap perlakuan jenayah yang mencabar kebebasan beragama khususnya agama Islam,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTinjauan: Belia lebih optimis, setuju dengan k’jaan, PM
    Next Article Sekolah di tujuh daerah disambung tutup, tiga daerah dibuka
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.