Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Tiga lelaki dikhuatiri lemas
    Am

    Tiga lelaki dikhuatiri lemas

    Hidayah AzaliBy Hidayah Azali24/04/2021Updated:24/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Tiga lelaki dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki mereka terbalik dalam jarak lebih kurang sembilan batu nautika dari daratan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besar, di sini, malam tadi.

    Kejadian jam 8.30 malam itu berlaku akibat ribut sebelum bot dinaiki tiga lelaki itu terbalik.

    Mangsa dikenali sebagai Mat Harun Mohd Nor, 54, Mat Awang @ Jali, 55 dan Zulshahmi Danial Zulazman, 26, dikatakan keluar ke laut untuk memancing dan mencandat sotong.

    Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, pihaknya dimaklumkan tiga mangsa berkenaan menaiki bot jenis fiber keluar pada jam 5 petang semalam di jeti Kampung Keseng, Kuala Besar.

    Katanya, bot dinaiki mangsa hilang selepas bot yang dinaiki mereka dipercayai karam di perairan Kuala Besar pada jam 8.30 malam semalam akibat ribut.

    “Kita menerima maklumat daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan pada jam 7.12 pagi tadi.

    “Maritim Negeri Kelantan menggerakkan pasukan Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) dan Kapal Maritim (KM) Amanah dengan kekuatan seramai 24 orang untuk melakukan pencarian.

    “Sektor pencarian dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam jarak 25 batu nautika persegi dengan menumpukan kawasan bot terbalik,” katanya di sini, hari ini.

    Beliau menasihatkan orang awam supaya sentiasa mengutamakan keselamatan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.

    “Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengn Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di talian 09-778 0070 atau MRSC Kuantan di talian 09-5717345,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePenutupan 93 sekolah YIK disambung sehingga 1 Mei
    Next Article BREAKING TRAGEDI BOT TERBALIK DI KELANTAN – DUA DITEMUI SELAMAT
    Hidayah Azali

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.