Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » 306 maut akibat Covid-19 dalam 24 jam
    Global

    306 maut akibat Covid-19 dalam 24 jam

    adminBy admin25/04/2021Updated:25/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    NEW DELHI | Kes jangkitan Covid-19 di ibu negara India terus memuncak dengan rekod tertinggi setakat ini dicatatkan pada Khamis lalu, lapor Agensi.

    Keadaan yang memilukan itu menyebabkan proses pembakaran jasad terpaksa dilakukan di tempat letak kenderaan selepas 306 maut dalam tempoh 24 jam.

    Seorang penduduk, Nitish Kumar terpaksa menyimpan jasad ibunya di rumah selama dua hari berikutan sukar mencari krematorium yang boleh menguruskan jasad ibunya di ibu kota berkenaan.

    Namun, Khamis lalu dia dapat menggunakan kemudahan sementara yang dibina berhampiran lokasi krematorium rasmi di Seemapuri.

    “Saya sudah mencari di merata tempat, tapi semua krematorium penuh. Salah satu di antaranya mengatakan mereka tidak memiliki kayu untuk membakar jasad,” katanya.

    India mencatatkan rekod kes harian tertinggi di dunia dengan jumlah 314,835 jangkitan baharu pada Khamis lalu.

    Di Delhi saja, di mana hospital sudah tidak mempunyai tabung oskigen simpanan, merekodkan jumlah kes harian sehingga 26,000.

    Dalam 24 jam terakhir, di Delhi saja, 306 orang meninggal dunia dan menjadikan beberapa tempat terbuka sebagai tempat kremasi, tradisi yang banyak dilakukan oleh warga Hindu di India.

    Sukarelawan masyarakat, Jitender Singh Shunty berkata, sehingga petang Khamis, sebanyak 60 jasad sudah dibakar di kemudahan sementara berkenaan manakala 15 jasad lagi menunggu untuk dikremasi.

    “Tidak seorang pun di Delhi yang akan melihat hal seperti ini lagi.

    “Ada anak-anak berusia lima tahun, 15 tahun, 25 tahun yang dikremasi. Ada pasangan pengantin baru yang juga dikremasi. Sedih sekali melihat semua ini,” katanya.

    Katanya, tahun lalu ketika gelombang pertama Covid-19 melanda India, dia pernah mengkremasi 18 jenazah sehari dengan purata lapan hingga 10 jasad sehari.

    Namun, pada Selasa lalu, dia mengkremasi 78 jenazah hanya di satu lokasi.

    “Tidak banyak yang boleh dilakukan. Hanya kita boleh menjaga diri sendiri,” katanya.

    Tamat

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleGUNA DANA KWAN: ‘KLUSTER MERUNGUT’ TIDAK KONSISTEN
    Next Article 200 anak yatim, asnaf terima sumbangan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.