Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » KEPUTUSAN MT UMNO DINANTI, KERAJAAN PN TEGUH BERDIRI
    Pendapat

    KEPUTUSAN MT UMNO DINANTI, KERAJAAN PN TEGUH BERDIRI

    adminBy admin25/04/2021Updated:25/04/2021No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Tidak dinafikan bahawa mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijadualkan berlangsung pada petang ini penting kepada semua pihak, sama ada PN, BN atau PH, untuk mencatur strategi dan gerakan bagi menghadapi PRU 15.

    Ia berikutan desas-desus akan wujud pertembungan yang sengit di antara kem kluster mahkamah dan kem kluster menteri di dalam parti itu yang sekali gus bakal menentukan hala tuju dan nasib parti itu pada PRU 15.

    Parti-parti lain dan rakyat jelata juga umumnya sedang ternanti-nanti keputusan Majlis Tertinggi UMNO pada petang ini dengan hasrat supaya ketidaktentuan dalam politik negara akan lebih cepat berlalu pergi.

    Oleh itu, kem mana yang bakal menang – sama ada kem kluster mahkamah atau kem kluster menteri – akan mencorakkan senario dan kesan paling besar untuk PRU 15 kerana ia juga akan menentukan pihak mana yang akan menguasai parti, termasuk melalui pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada tahun ini.

    Masa sama, kalau pun kluster mahkamah menang, dan keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO supaya Ahli-Ahli Parlimen UMNO menarik diri daripada kerajaan secara serta-merta, Kerajaan PN tetap tidak akan tumbang ekoran daripadanya.

    Ini kerana faktor darurat yang sedang berkuatkuasa sekarang menjadikan sebarang tindakan penarikan diri oleh Ahli-Ahli Parlimen UMNO atau Ahli-Ahli Parlimen lain sekarang menjadi tidak bermakna sehinggalah berakhirnya tempoh darurat pada bulan Ogos nanti.

    Kalau pun Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan untuk menarik sepenuhnya sokongan UMNO kepada Kerajaan PN maka dijangkakan bahawa hanya sebahagian sahaja daripada Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang akan akur dengan keputusan sedemikian sekali gus menjadikan Kerajaan PN tidak akan tergugat dengannya.

    Terdapat juga kemungkinan bahawa sekiranya Ahli-Ahli Parlimen UMNO menarik sepenuhnya sokongan mereka kepada Kerajaan PN sekarang pun maka akan muncul konfigurasi dan penjajaran baru dalam dunia politik tanah air yang bakal menyelamatkan Kerajaan PN bila mana Ahli-Ahli Parlimen yang berada di luar daripada Kerajaan PN sebelum ini menyertai Kerajaan PN.

    Ini kerana perkara utama yang disebut-sebut menjadi penghalang kepada hasrat Ahli-Ahli Parlimen ini untuk menyertai Kerajaan PN adalah kewujudan kluster mahkamah di dalamnya, jadi jika kluster ini sudah tiada maka akan terbukalah ruang untuk mereka menyertai Kerajaan PN.

    Dalam keadaan paling negatif sekalipun, di mana jika tiada Ahli-Ahli Parlimen yang berada di luar daripada Kerajaan PN sebelum ini menyertainya, Kerajaan PN dijangka masih boleh bertahan sebagai kerajaan minoriti kerana ketiadaan mana-mana pihak lain yang mampu memperolehi kerusi melebihi kerusi milik Kerajaan PN.

    Oleh itu, Majlis Tertinggi UMNO haruslah lebih berhati-hati di dalam membuat apa-apa keputusan politik yang besar dan seboleh-bolehnya hendaklah mengasaskannya kepada kajian-kajian terperinci terlebih dahulu bagi memastikan keputusan ini tidak menikam parti itu balik.

    Pensyarah kanan Kolej Undang-undang, Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM),

    Dr Kamarul Zaman Yusoff

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTNI keluarkan senarai nama 53 anak kapal KRI Nanggala-402
    Next Article PKPD di lima lokaliti di Besut dilanjutkan
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    PMX kian terdesak?

    26/04/2023

    Rumah terbuka Aidilfitri, bukankah sepatutnya kerajaan berjimat cermat?

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.