Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Shahidan mahu Zahid dikenakan tindakan disiplin
    Politik

    Shahidan mahu Zahid dikenakan tindakan disiplin

    adminBy admin25/04/2021Updated:25/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Susulan pemecatannya daripada jawatan pengerusi Umno Perlis, Shahidan Kassim menggesa Umno mengambil tindakan disiplin terhadap presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi kerana menyokong ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

    Dalam sidang media yang diadakan malam ini, Shahidan menegaskan bahawa mereka yang melanggar pendirian Umno iaitu “No Anwar, No DAP, No PKR perlu berdepan tindakan.

    “Jawatankuasa disipilin tak boleh diam diri untuk ambil tindakan kepada mereka yang melanggar keputusan parti. Contohnya ialah no Anwar, no DAP, no PKR.

    “Kita dapati ada satu surat yang telah ditulis oleh presiden kepada Agong dan disaksikan oleh Datuk Seri Najib Razak dan surat itu semua kita diam kerana kita nak jaga hubungan harmoni politik.”Tapi hari ni saya timbulkan surat itu – ini ialah melanggar keputusan parti,” katanya.

    Menurut Shahidan, isu kedua adalah berhubung rakaman audio yang didakwa perbualan telefon antara Zahid dan Anwar sejurus selepas perhimpunan agung Umno.

    Kedua-dua ahli politik itu menafikan terlibat dalam klip audio berkenaan.

    “Jadi saya rasa dalam audio berkenaan menunjukkan ada perancangan menyokong Anwar.

    “Jadi jawatankuasa disiplin kena ambil tindakan pada audio tersebut,” katanya.

    Shahidan gesa pemilihan Umno Jun ini

    Dalam sidang media berkenaan, Shahidan berkata dia memiliki banyak maklumat dan memberi bayangan bahawa terdapat usaha untuk mengumpulkan tandangan kepada Anwar di parlimen tetapi gagal.

    “Itu saya ingat kita cakap lepas raya, sebab bulan puasa tak bagus.

    “Sebenarnya saya mengetahui banyak benda tapi semua saya simpan utk menjaga keharmonian parti,” katanya.

    Shahidan juga menggesa pemilihan parti diadakan pada bulan Jun, untuk menyelesaikan krisis kepemimpinan dalam Umno.

    Mengenai penyingkirannya sebagai pengerusi perhubungan Umno Perlis, Shahidan berkata tindakan itu hak Zahid sebagai presiden parti dan dia akur dengan keputusan itu.

    Langkah menggugurkan Shahidan dibuat Zahid menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dijangka akan membincangkan beberapa isu yang dibangkitkan oleh ahli parlimen Arau itu.

    Shahidan sebelum ini hadit mesyuarat MT Umno sebagai ketua perhubungan negeri – kerana dia tidak terpilih ke dewan tersebut.

    Dengan penyingkiran Shahidan, penggantinya Azlan Man akan menghadiri mesyuarat MT Umno esok. MALAYSIAKINI.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article‘Demi ummah, main 10 kolam pun PAS sanggup’ – Ketua Pemuda
    Next Article Shahidan cabar MT bertindak secara ‘anak jantan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.