Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Tiga maut nahas elak haiwan melintas
    Am

    Tiga maut nahas elak haiwan melintas

    adminBy admin25/04/2021Updated:25/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA NERANG | Tiga maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah motosikal jenis Yamaha di Kilometer 5 Jalan Kuala Nerang- Semeliang, dekat sini kira-kira jam 4.15 petang pada Ahad.

    Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dari arah Semeliang menuju ke Kuala Nerang cuba mengelak binatang yang secara tiba-tiba melintas di hadapan kenderaan itu.

    Menurutnya, kejadian itu menyebabkan motosikal yang datang dari arah bertentangan terlanggar pada bahagian tepi pintu hadapan sebelah kiri kereta berkenaan.

    “Akibat kemalangan itu, mangsa iaitu pemandu berusia 37 tahun dan anaknya berusia enam tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

    “Penunggang motosikal yang berusia 20 tahun juga meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng motosikal berusia 11 tahun mengalami cedera parah dan sedang di rawat di Hospital Kuala Nerang,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

    Dua mangsa yang menaiki kereta proton wira meninggal dunia di tempat kejadian di Kilometer 5 Jalan Kuala Nerang- Semeliang, dekat sini kira-kira jam 4.15 petang pada Ahad.

    Mengulas lanjut, Mulkiaman berkata, saksi kejadian tidak pasti binatang yang melintas kerana tidak nampak dengan jelas.

    “Kereta tersebut rosak teruk pada bahagian bumbung dan keempat-empat pintu manakala motosikal pula rosak teruk pada bahagian depan kenderaan dan patah kedua-dua belah cermin pandang belakang,”katanya.

    Menurutnya, semua mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat.

    “Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.-SINAR HARIAN

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleUMNO kekal sokong PN sehingga Ogos
    Next Article 150,000 komputer riba dihantar menjelang September, kata yayasan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.