Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Tunku Azizah mahu golongan muda bantu pulih dunia
    Am

    Tunku Azizah mahu golongan muda bantu pulih dunia

    adminBy admin25/04/2021Updated:25/04/2021No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah bahawa golongan muda harus berani dan memulakan inisiatif bagi membantu memulihkan dunia kepada keadaan yang lebih baik dalam mengharungi pandemik Covid-19.

    Bertitah pada Global Youth Mobilisation secara maya malam semalam, Seri Paduka berpandangan golongan muda harus diberi peluang dan sokongan untuk memainkan peranan mereka sebagai warga dunia yang aktif menyumbang.

    Lapor Bernama, titah baginda, golongan muda bersemangat, berbakat serta kreatif, dan penularan pandemik itu menunjukkan bahawa mereka juga panjang akal untuk terus belajar dan menyesuaikan diri sekalipun berdepan gangguan besar dalam pendidikan mereka.

    “Kita telah lihat golongan muda melakukan kerja sukarela, menyokong petugas barisan hadapan, membangkitkan kesedaran awam, dan paling tidak, menjadi warga yang bertanggungjawab dengan mematuhi garis panduan pencegahan penularan Covid-19.

    “Kita juga telah melihat usaha pertubuhan belia seperti yang dilakukan oleh Big 6 dalam memastikan pembelajaran orang muda tidak terhenti di sebalik segala gangguan itu,” titah baginda dalam video bersempena Global Youth Mobilisation.

    Tunku Azizah turut menzahirkan rasa gembira diundang bertitah pada Global Youth Mobilisation, satu inisiatif oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Big 6 Youth Organisations, dan sebagai ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri serta selaku Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia, baginda bangga menjadi sebahagian daripada inisiatif itu.

    “Beta juga mengucapkan tahniah kepada WHO dan Big 6 Youth Organisations kerana proaktif dalam mengiktiraf maklum balas positif bahawa orang muda boleh menyumbang kepada usaha menangani pandemik Covid-19 dan memainkan peranan aktif dalam usaha pemulihan dengan mewujudkan platform ini serta sumber untuk menyokong mereka,” titah baginda.

    Tunku Azizah turut menggesa semua kerajaan, perniagaan dan komuniti menyokong golongan muda menerusi inisiatif Global Youth Mobilisation itu.

    Sementara itu, Seri Paduka bertitah pendidikan tidak formal telah diterima guna untuk dilaksanakan oleh golongan muda di rumah dan secara maya.

    Malah titah baginda, lebih banyak hubungan antarabangsa yang menyumbang kepada persefahaman dan keamanan dunia berlaku melalui program dan acara maya melibatkan golongan muda dari pelbagai negara pada masa ini.

    “Kami sangat bangga apabila dua ahli Pandu Puteri dari Malaysia dapat berucap pada forum kesaksamaan generasi di Mexico kerana kalau pada hari-hari biasa, usaha ini akan melibatkan kos yang banyak untuk membawa mereka ke sana.

    “Memetik Mia Arissa, ahli Pandu Puteri berusia 11 tahun dari Malaysia yang berucap pada forum itu baru-baru ini: ‘Kami merupakan pelaburan tanpa perbelanjaan. Jangan pandang rendah potensi kami hanya kerana kami dianggap muda. Anak gadis juga boleh lakukan banyak perkara jika diberikan peluang berbuat demikia’,” titah baginda.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleJangan manipulasi gambar majikan tidak bergari
    Next Article Tragedi KRI Nanggala: Agong, Permasuri zahir satu kehilangan besar buat Indonesia
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.