Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Beri kuota kepada klinik dan hospital swasta untuk suntik vaksin COVID-19
    Am

    Beri kuota kepada klinik dan hospital swasta untuk suntik vaksin COVID-19

    Hidayah AzaliBy Hidayah Azali26/04/2021Updated:26/04/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Bagi memudahkan individu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dengan cepat,
    Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) menggesa kerajaan supaya memberi kuota yang lebih banyak kepada hospital swasta dan klinik swasta.

    Yang Dipertua PPIK, Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata, orang berkemampuan boleh mendapatkan suntikan vaksin di klinik swasta tanpa perlu menunggu terlalu lama.

    Katanya, ia sekali gus membantu kerajaan untuk mengurangkan kesesakan di hospital atau klinik awam.

    “Ia juga dapat membantu kerajaan untuk mencapai sasaran memberi vaksin kepada semua penduduk negara ini dengan cepat.

    “Jika semua penduduk mendapat vaksin, kemungkinan negara kita dapat bebas daripada COVID-19, seterusnya memulihkan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik ini.

    “Masyarakat di negara ini mahu melihat ekonomi negara kembali pulih dan dapat memberi kebebasan kepada penduduk untuk mencari pendapatan,” katanya kepada Journal Malaysia.

    Menurutnya, walaupun perlu dibayar, orang yang berkemampuan akan memilih untuk mendapatkan vaksin di klinik swasta asalkan ia cepat.

    Katanya, di klinik swasta, pengguna boleh membuat pilihan vaksin yang mereka mahukan.

    “Saya harap kerajaan mengkaji dan mempertimbangkan cadangan ini demi untuk kebaikan semua,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePN Dan NGO Santuni, Raikan 50 Saudara Baharu
    Next Article Rahsia kerajaan PAS Kelantan bertahan 30 tahun
    Hidayah Azali

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.