Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Bot karam : Mangsa ketiga masih belum ditemui
    Am

    Bot karam : Mangsa ketiga masih belum ditemui

    alisha natashaBy alisha natasha26/04/2021Updated:26/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa bot karam pada hari ketiga masih belum berhasil hari ini.

    Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, tiada sebarang petunjuk ditemui sepanjang 12 jam operasi dijalankan bermula 7 pagi tadi.

    “Operasi mencari dan menyelamat hari ketiga di Perairan Kuala Besar ditangguhkan pada 7.00 petang kerana jarak penglihatan yang terhad.

    “Tiada sebarang petunjuk ditemui dan pencarian akan diteruskan semula esok pada 7.00 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Katanya, operasi CARILAMAT yang dikoordinasikan Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan disambung hari ini mulai 7.00 pagi tadi dengan mengatur gerak Kapal Maritim (KM) Amanah sebagai On Scene Coordinator (OSC) dan bot PSC 35 milik Pasukan Polis Marin (PPM) ke sektor pencarian.

    “Pencarian hari ini melibatkan kawasan seluas 78.96 batu nautika persegi dan menjadikan jumlah luas keseluruhan pencarian sehingga hari ini adalah 154.41 batu nautika persegi.

    Katanya, mangsa Zulshahmi Danial Zulazman, 26, dikatakan kali terakhir memakai baju berwarna kelabu, seluar pendek hitam dan dikatakan juga tidak memakai jaket keselamatan semasa kejadian.

    “Cuaca hari ini baik dengan kelajuan angin sekitar 10 – 20 kilometer sejam dan ombak pada ketinggian 0.5 – 1.0 meter,” katanya.

    Agensi yang turut serta dalam pencarian kali ini adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

    Pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Persatuan Nelayan serta komuniti maritim turut membantu pencarian.

    Orang awam diingatkan agar sentiasa memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.

    Sebarang maklumat lanjut hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di talian 09-778 0070 atau MRSC Kuantan di talian 09-571 7345.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMana boleh rentas negeri boh!
    Next Article Islam dalam Persekutuan berdasar syor Laporan Reid
    alisha natasha

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.