Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Buruh dihukum sehari, denda RM8,000 hina Sultan Pahang
    Am

    Buruh dihukum sehari, denda RM8,000 hina Sultan Pahang

    adminBy admin26/04/2021Updated:26/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    TEMERLOH | Seorang buruh dihukum penjara sehari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran jelek terhadap Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman sosial Facebook, tahun lalu.

    Lapor Bernama, Hakim Manira Mohd Nor juga memerintahkan Yusaini Razab @ Che Soh, 42, yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan menjalani hukuman penjara selama tiga bulan, jika gagal menjelaskan denda itu.

    Yusaini dituduh membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelek dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebook menggunakan nama profil ‘Al Naml’ yang menyentuh Al-Sultan Abdullah yang juga Yang di-Pertuan Agong yang dibaca pada 9 malam, 7 Mac 2020 di sebuah rumah di Taman Permatang Shahbandar di Maran.

    Pada penghakimannya, Manira berkata hukuman itu mengambil kira rayuan tertuduh dan kesalahan tertuduh adalah serius dan melibatkan penghinaan kepada institusi kesultanan dan ia diharapkan menjadi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat secara amnya.

    “Kamu kena lebih berhati-hati selepas ini semasa memuat naik apa-apa kandungan di media sosial. Penghinaan kepada institusi Diraja adalah sesuatu yang perlu dikekang dan mahkamah perlu memberi pengajaran,” kata hakim.

    Yusaini didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

    Tertuduh ditangkap pada 17 Jun 2020 selepas polis menerima laporan daripada orang awam membawa kepada rampasan sebuah telefon pintar yang dipercayai digunakan tertuduh bagi memuat naik hantaran tersebut.

    Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilah Md Ali memohon hukuman sewajarnya kerana tindakan tertuduh memuat naik komen jelek terhadap institusi Diraja mengganggu keharmonian rakyat dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

    Yusaini yang tidak diwakili peguam pula merayu hukuman denda terhadapnya diringankan memandangkan pendapatan bulanannya hanya sekitar RM1,500 dan menyara ibu yang tua selain telah insaf atas kesalahannya itu.

    Tamat

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAbdul Hadi: Ada pelampau politik di negara ini
    Next Article Hospital terbakar : Menteri Kesihatan Iraq digantung tugas
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.