KUALA LUMPUR | Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menafikan kesahihan artikel berita yang bertajuk “Orang ramai boleh rentas negeri mulai Isnin ini’ seperti
yang sedang tular di media sosial.
MKN dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan artikel berita berkenaan adalah palsu dan merupakan tindakan yang tidak
bertanggungjawab bagi mengelirukan orang ramai.
“Orang ramai diminta
untuk menghentikan penyebaran berita yang tidak sahih yang boleh mencetuskan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat,” kata kenyataan itu.
Sebelum ini tular di media sosial yang memetik kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob bahawa pergerakan merentas negeri dibenarkan di seluruh negara kecuali di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula Isnin Ini.