Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Pemilihan parti seeloknya dapatkan arahan RoS
    Politik

    Pemilihan parti seeloknya dapatkan arahan RoS

    alisha natashaBy alisha natasha26/04/2021Updated:26/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Pemilihan parti, seeloknya dapatkan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), kata bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

    Beliau berkata, tindakan itu perlu supaya UMNO berada dalam keadaan bersiap sedia.

    “Tentang pemilihan parti, adalah elok dapatkan arahan ROS seperti yang sudah diputuskan. Ini meletakkan UMNO dalam keadaan bersiap siaga dan ‘full compliance’.

    “ROS pula tidak perlu menunggu surat rasmi kerana kenyataan akhbar rasmi sudah dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan, adalah jelas.

    “ROS perlu beri arahan secara bertulis minggu ini,” katanya menerusi facebook miliknya.

    Beliau berkata, mengenai prosedur operasi standard (SOP) mesyuarat dan garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri boleh membantu.

    “Saya percaya segalanya bergerak kearah lebih baik. Semoga UMNO terus di perkasa.

    Akhbar semalam melaporkan UMNO bakal menghantar surat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi meminta nasihat serta garis panduan untuk menjalankan pemilihan parti pada tahun ini.

    Ahmad Maslan berkata, surat berkenaan akan dihantar kepada Ketua Pengarah agensi masing-masing.

    Beliau berkata, garis panduan itu selaras dengan peraturan yang termaktub dalam perlembagaan UMNO dan prosedur operasi standard (SOP) Covid.

    “Proses pemilihan parti ini akan melibatkan mesyuarat perwakilan UMNO bagi setiap cawangan termasuk sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri berjumlah 66,287 orang.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleUMNO dapat pandangan MKN, ROS pemilihan parti tahun ini
    Next Article PN Dan NGO Santuni, Raikan 50 Saudara Baharu
    alisha natasha

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.