Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Pencarian mangsa hilang bot terbalik masuk hari ketiga
    Am

    Pencarian mangsa hilang bot terbalik masuk hari ketiga

    Hidayah AzaliBy Hidayah Azali26/04/2021Updated:26/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PASIR PUTEH | Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
    (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan meneruskan pencarian ke atas seorang mangsa bot terbalik yang masih hilang.

    Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, pencarian bermula pada jam 7 pagi tadi dengan mengatur gerak Kapal Maritim (KM) Amanah.

    Katanya, pencarian membabitkan kawasan seluas 78.96 batu nautika persegi dan menjadikan jumlah luas keseluruhan pencarian sehingga hari ini adalah 154.41 batu nautika persegi.

    “Mangsa, Zulshahmi Danial Zulazman, 26, dikatakan kali terakhir memakai baju warna kelabu, seluar pendek hitam dan dikatakan juga tidak memakai jaket keselamatan ketika kejadian.

    “Cuaca hari ini baik dengan kelajuan angin sekitar 10 hingga 20 kilometer sejam dan ombak pada ketinggian 0.5 hingga satu meter.

    “Agensi yang turut serta dalam pencarian adalah Polis Diraja
    Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Persatuan Nelayan serta komuniti maritim,” katanya di sini, hari ini.

    Orang awam diingatkan supaya mengutamakan aspek keselamatan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.

    Media sebelum ini melaporkan tiga pemancing hilang selepas bot yang dinaiki mereka untuk memancing dan mencandat sotong terbalik akibat dipukul ribut kejadian di perairan Kuala Besar, di sini, Jumaat lalu

    Kejadian jam 8.30 malam itu, tiga pemancing berkenaan, Mat Harun Mohd Nor, 54, Mat Bin Awang @ Jali, 55, dan Zulshahmi Danial hilang sebelum dua daripada mereka iaitu Mat Harun dan Mat ditemui selamat pada jam 1 tengah hari Sabtu lalu.- Journal Malaysia.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKapal selam Indonesia ditemui, 53 kelasi maut
    Next Article Mahu pimpinan parti Melayu buat pertemuan: Annuar
    Hidayah Azali

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.