Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Peniaga burger terkejut dikompaun RM50,000
    Am

    Peniaga burger terkejut dikompaun RM50,000

    Hidayah AzaliBy Hidayah Azali26/04/2021Updated:26/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Seorang peniaga burger dikenakan kompaun RM50,000 atas kesalahan berniaga melebihi masa yang ditetapkan.

    Kompaun berkenaan dikeluarkan oleh polis pada jam 11.10 malam tadi ketika peniaga berkenaan, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, sedang menyiapkan tempahan pelanggan di gerainya di di Kampung Rambutan Rendang, di sini.

    Wan Mohd Faisal berkata, ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan di gerai di hadapan rumahnya, dia didatangi beberapa anggota polis.

    Katanya, pihak polis kemudiannya mengeluarkan kompaun RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    “Ketika itu tiada seorang pelanggan di kedai dan saya sedang menyiapkan tempahan daripada pekerja kilang untuk dihantar kepada mereka. Memang saya belum menutup kedai, namun meja sudah disimpan.

    “Saya terkejut apabila dikenakan kompaun setinggi itu hanya untuk kesalahan ini memandangkan musim PKP, perniagaan tidak laris seperti sebelum ini,” katanya di sini.

    Menurutnya, anggota polis yang hadir memaklumkan terdapat laporan daripada pihak tertentu yang mengatakan kedai burger miliknya beroperasi lebih masa yang ditetapkan.

    “Anggota polis itu juga memberitahu, kompaun itu dikenakan kerana kes berulang memandangkan ketika PKP sebelum ini saya sudah dikenakan kompaun RM1,000, atas kesalahan sama.

    “Saya tidak sangka kompaun kali ini sebanyak RM50,000 dan ia diluar kemampuan saya untuk membayarnya. Saya merayu supaya kompaun ini dipertimbangkan,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisoner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kes kompaun berkenaan.

    Katanya, untuk kompoun kedai yang berniaga lebih masa atau membuka meja untuk pelanggan atau tidak menyediakan penyukat suhu, jumlah kompaun pada kertas saman ditulis RM50,000 iaitu jumlah maksimum. Kesalahan individu pula akan ditulis jumlah maksimum RM10,000.

    “Peniaga berkenaan boleh membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDua sahabat maut dipercayai dipanah petir
    Next Article MUI gesa orang ramai solat jenazah ghaib
    Hidayah Azali

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.