Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Ramadan jadi medan ikatan PAS Kawasan, UMNO Bahagian
    Am

    Ramadan jadi medan ikatan PAS Kawasan, UMNO Bahagian

    adminBy admin26/04/2021Updated:26/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    LIPIS | Ramadan menjadi medan ikatan PAS Kawasan dan UMNO Bahagian bagi Parlimen Lipis, khususnya Dewan Muslimat PAS serta Pergerakan Wanita UMNO yang bertemu di Pejabat UMNO Lipis, di sini semalam.

    Lapor HarakahDaily, Kedua entiti telah mengadakan mesyuarat bersama untuk menjayakan program Ihya’ Ramadan yang bakal diadakan nanti sebagai antara pengukuhan kepada hubungan dimeterai melalui Muafakat Nasional.

    Mesyuarat dipengerusikan Ketua Wanita UMNO Lipis, Senator Datuk Siti Fatimah Yahya bersama Ketua Muslimat PAS Lipis, Khatijah Jamal itu bersetuju untuk ukhuwah kedua parti politik Melayu Islam ini dirapatkan lagi.

    Hasil perbincangan, akan diadakan edaran kuih raya dalam tiga DUN bagi Parlimen Lipis iaitu Cheka, Benta dan Padang Tengku di mana akan turut melibatkan kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

    Kehadiran pimpunan dan ahli kedua-dua parti untuk menyantuni masyarakat pula akan dipimpin bersama Ketua UMNO Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Yang Dipertua PAS Lipis, Roslan Zainal Al-Ahmadi.

    Khatijah dalam ulasannya menyifatkan pertemuan ini dapat memberi kesedaran kepada orang Melayu terhadap pentingnya menerajui tampuk kepimpinan kerana dengannya sahaja Islam dan Melayu terjaga daripada musuh Islam yang ingin merosakan tanah air.

    Menurutnya, sebagai pimpinan masyarakat juga perlu menonjolkan akhlak Islami dan sikap bertanggungjawab serta berintegriti tinggi dan menjadi teladan dalam menentukan hala tuju parti Melayu-Islam.

    Katanya, dengan kuasa memegang tampuk pemerintahan di Pahang akan membolehkan semua pihak menilai sendiri sejauh mana keikhlasan kerajaan dalam membantu rakyat dan memakmurkan negeri.

    Sementara itu, Siti Fatimah berkata, program anjuran di bawah Majlis Pembangunan Wanita Negeri Pahang melibatkan kedua-dua parti itu sebenarnya untuk seluruh negeri Pahang dan segala peruntukan telah diberi ke seluruh daerah.

    Beliau turut meluahkan pengharapan agar Muafakat Nasional di antara PAS dan Umni Pahang terus kukuh terjalin demi menguatkan parti Melayu-Islam daripada jatuh ke tangan musuh yang tidak bertanggungjawab.

    Kedua-dua pihak juga memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kepimpinan Umno dan PAS Pahang untuk meneraju negeri dengan saksama, adil dan berintegriti serta meneruskan ikatan ini demi penyatuan ummah dan negeri.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article20 sekolah di Pulau Pinang ditutup 2 hari
    Next Article Mana boleh rentas negeri boh!
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.