KUALA LUMPUR | Setelah genap seminggu, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami menamakan anak keduanya dengan nama Muhammad Afwa.
Perkara itu dikongsikan Siti Nurhaliza menerusi facebooknya malam tadi.
“Bismillahirrahmanirrahim. Hari ini, 26 April 2021, bersamaan dengan 14 Ramadan 1442H, anakanda saya genap berusia 7 hari.
“Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan,” katanya.
Tambahnya, Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut afwa.
“Afwa melengkapkan afiyah dan terdapat di dalam doa yang saya dan suami pilih iaitu doa yang saya muat naik di atas.
“Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa di dalam keampunan dan kemaafan ALLAH SWT dan kita semua juga di dalam lindunganNya,” tulisnya.
Hari ini juga Siti Nurhaliza bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut berkongsi gambar putera kesayangannya.
“Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak,” katanya.