Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Buruh ladang dijel 22 tahun dera 2 anak kandung
    Am

    Buruh ladang dijel 22 tahun dera 2 anak kandung

    adminBy admin27/04/2021Updated:27/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    TAWAU | Seorang buruh ladang dijatuhi hukuman penjara 22 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mendera dua anak kandungnya pada bulan lepas, lapor Bernama.

    Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud memerintahkan tertuduh warga Indonesia Nasir Basir, 26, menjalani hukuman penjara 11 tahun bagi setiap pertuduhan dan semua hukuman penjara itu berjalan secara berasingan bermula hari ini.

    Nasir didakwa mendedahkan anak perempuannya berusia lima tahun dengan kemungkinan menyebabkan mengalami kecederaan fizikal serta kesan gangguan emosi di sebuah perumahan pekerja Ladang Giram, Divisyen Ulu Balung, Jalan Tawau-Kunak di Tawau pukul 3 petang, pada 13 Mac lepas.

    Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama terhadap anak lelakinya berusia tiga tahun di tempat, masa dan tarikh sama.

    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

    Dalam rayuan, Nasir yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan hukuman kerana ketika kejadian itu dia berasa tertekan kerana masalah rumah tangga selain perlu menjaga dua anaknya sendiri sejak isterinya melarikan diri.

    Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kershanathan Pathmanathan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal berikutan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius dan berat.

    Media sebelum ini melaporkan dua beradik didera dengan cara dipijak beberapa kali dan diugut dengan senjata tajam oleh bapa mereka dan kejadian yang sengaja dirakam tertuduh menerusi dua rakaman video menggunakan telefon bimbit berdurasi 26 minit dan 16 saat kemudian tular pada 14 April lepas.

    Tamat

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKKM mungkin kurangkan atau kecualikan kompaun RM50,000 peniaga burger
    Next Article Berita positif buat ahli UMNO
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.