KOTA BHARU | Polis Kelantan akan meneliti semula kompaun RM50,000 yang dikenakan kepada peniaga burger di Kampung Rambutan Rendang, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya akan memanggil semua pemilik premis yang dikenakan kompaun.
“Kita akan memangil semua pemilik premis yang dikenakan kompaun (OKK) untuk menawarkan nilai kompaun mengikut menawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawahnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Shafien berkata sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pihaknha mengeluarkan sebanyak 127 kompaun.
“Bagi tempoh 16 April sehingga semalam, sebanyak 127 kompaun telah dikeluarkan kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Pihak polis telah menerima aduan dan rungutan daripada masyarakat bahawa masih kedapatan premis-premis perniagaan yang tidak mematuhi SOP dan premis kedai makan beroperasi melebihi masa yang ditetapkan.
“Untuk itu 25 April, susulan daripada aduan orang awam, PDRM Kelantan telah mengeluarkan tujuh kompaun kepada pemilik dan pelanggan premis kedai makan di sekitar Pengkalan Chepa,” katanya.