Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » SOP sambutan Aidilfitri yang tular adalah palsu
    Am

    SOP sambutan Aidilfitri yang tular adalah palsu

    adminBy admin27/04/2021Updated:27/04/2021No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai sambutan Aidilfitri yang tular di media sosial hari ini adalah palsu dan tidak benar, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Lapor Bernama, beliau berkata kerajaan belum mengeluarkan sebarang SOP mengenai perayaan itu, dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat

    “Senarai SOP itu fake (palsu), tidak betul…. kononnya pada Aidilfitri nanti rentas daerah tidak dibenarkan, itu tidak benar sama sekali.

    “Saya akan umumkan nanti SOP sambutan itu termasuklah tentang takbir raya, solat Aidilfitri, kunjung mengunjung dan ziarah tanah perkuburan,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wisma Pertahanan.

    Hari ini tular senarai kononnya SOP Aidilfitri termasuklah program ziarah dan rumah terbuka tidak dibenarkan, sebaliknya ziarah hanya boleh dalam kalangan ahli keluarga yang terdekat dan tidak melebihi 15 orang, selain aktiviti rentas daerah tidak dibenarkan lima hari sebelum perayaan hingga lima hari selepasnya.

    Sementara itu ditanya mengenai peniaga burger di Kelantan yang dikompaun RM50,000, Ismail Sabri secara peribadi menyifatkan hukuman itu terlalu tinggi dan tidak sepatutnya berlaku.

    Beliau berkata jenis-jenis kesalahan dan jumlah kompaun telah dibentangkan dengan terperinci sebelum ini, dan kompaun RM50,000 adalah berkaitan dengan syarikat.

    “Pengeluaran kompaun adalah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala untuk rayuan pengurangan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan (KKM).

    “Bagaimanapun perkara ini sedang diambil tindakan oleh KKM, jadi kita tunggulah pengumuman secara rasmi dari pihak mereka,” katanya sambil memberitahu mereka yang dikenakan kompaun boleh membuat rayuan kepada KKM.

    Mengulas mengenai keperluan melaksanakan semula arahan bekerja dari rumah susulan kerajaan mengumumkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu selepas cuti Hari Raya, Ismail Sabri berkata perkara itu akan dibincangkan bersama pihak berkaitan dalam masa terdekat.

    “Sebelum ini, kita sudah umumkan bekerja dari rumah dan apabila keadaan berubah dengan kes semakin menurun, kita benarkan untuk bekerja di pejabat masing-masing termasuk pihak swasta.

    “Dengan keadaan sekarang kes semakin meningkat, pihak berkaitan (Jabatan Perkhidmatan Awam), MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) akan umumkan mengenai perkara ini (bekerja dari rumah),” katanya.

    Semalam, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata sesi pembelajaran selepas cuti hari raya Aidilfitri akan diteruskan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu bagi menggantikan sesi bersemuka di sekolah.

    Sesi pembelajaran itu bermula 16 hingga 27 Mei bagi sekolah kumpulan A (sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan 17 hingga 28 Mei bagi sekolah kumpulan B (sekolah-sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

    Tamat

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSabah sekat kemasukan individu dari 5 negara
    Next Article Polis tahan saya bawah Sosma untuk lindungi Najib – Khairuddin
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.