Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Tapir Malaya makin pupus
    Am

    Tapir Malaya makin pupus

    adminBy admin27/04/2021Updated:27/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Trend peningkatan kematian Tapir Malaya akibat kemalangan jalan raya di negara ini semakin membimbangkan dengan 92 ekor spesies itu dilaporkan mati sepanjang tempoh 2015 hingga 2020.

    Lapor Bernama, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata untuk tahun lepas sahaja, 24 ekor Tapir Malaya dilaporkan mati akibat kemalangan jalan raya.

    “Sepanjang tempoh 2015 hingga 2020, sebanyak 92 ekor Tapir Malaya telah menjadi mangsa kemalangan jalan raya di Johor, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Terengganu.

    “Sungguh menyedihkan kerana populasi Tapir Malaya kini kian terancam kerana kehilangan habitat, fragmentasi hutan serta menjadi mangsa jerat dan kemalangan jalan raya,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Tapir Sedunia hari ini.

    Tapir Malaya, satu daripada lima spesies utama terbesar di dunia, merupakan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

    Di peringkat antarabangsa, Tapir Malaya merupakan spesies yang terancam dalam senarai International Union for Conservation of Nature (IUCN) Red List of Threatened Species dan Red list of Mammals for Peninsular Malaysia 2017.

    Bagi meningkatkan populasi Tapir Malaya di Semenanjung Malaysia, Shamsul Anuar berkata antara usaha yang telah dijalankan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) adalah program pembiakan dalam kurungan di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungai Dusun, Selangor untuk dilepaskan ke habitat semula jadi.

    Menurutnya, ketika ini terdapat 11 ekor Tapir Malaya di PKHL Sungai Dusun dengan purata kelahiran seekor anak setahun.

    Selain itu, dia berkata kementerian juga komited mempergiatkan konservasi Tapir Malaya secara in-situ dan ex-situ bagi memastikan kelangsungan spesies unik itu, antara lain menerusi usaha Perhilitan yang mengadakan kerjasama strategik konservasi Tapir Malaya dengan Nagasaki Biopark, Jepun.

    Tamat

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAzlan Man tunggu ‘panas’ reda untuk kerjasama
    Next Article Wajar pelajar buat laporan polis mengenai kes gurauan seksual guru
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.