Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Buruh dihukum gantung bunuh rakan tuntut hutang RM300
    Am

    Buruh dihukum gantung bunuh rakan tuntut hutang RM300

    adminBy admin28/04/2021Updated:28/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    TAWAU | Akibat bunuh rakan tuntut hutang RM300, seorang buruh kasar dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Tawau hari ini selepas dia didapati bersalah melakukan perbuatan itu tiga tahun lepas di Lahad Datu.

    Hakim Dr Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu terhadap warga Filipina, Robin Radjani Saih, 49, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

    Terdahulu, Lim dalam penghakimannya berkata mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan elemen pembunuhan yang melangkaui keraguan munasabah.

    “Pembelaan tertuduh menyatakan tertuduh diprovokasi adalah tidak munasabah, mengambil kira hujah pendakwaan bahawa ketika kejadian cuaca panas, namun tertuduh memakai baju dua lapis serta sweater (baju sejuk) hanya untuk satu tujuan, menyorok parang di dalam baju dengan niat membunuh mangsa,” katanya.

    Berdasarkan kertas pertuduhan, Robin didakwa membunuh Fazrin Ibrahim berusia 30 tahun ketika kejadian, di simpang masuk Taman Warisan, Lahad Datu antara 1.20 tengah hari hingga 1.40 tengah hari pada 24 April 2018.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

    Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil sembilan saksi manakala pembelaan memanggil seorang saksi iaitu tertuduh sendiri untuk memberi keterangan.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran manakala tertuduh diwakili peguam Darmin Achok.

    Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut dengan lehernya hampir putus akibat dikelar oleh rakannya menggunakan parang, manakala adik ipar mangsa berusia 11 tahun cedera di jari akibat terkena libasan parang, selepas mangsa dipercayai meminta suspek membayar hutang berjumlah RM300.

    Ketika kejadian, mangsa sedang memandu dan adik ipar mangsa tertidur di tempat duduk hadapan kereta manakala suspek berada di tempat duduk belakang yang bertindak mengelar leher mangsa dari arah belakang menggunakan parang.- Bernama

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleUPSR mansuh mulai tahun ini, PT3 2021 dibatalkan
    Next Article 110 tapak perkuburan purba ditemukan di Mesir
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.