Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Geng Nicky: Dua pegawai SPRM ditahan
    Am

    Geng Nicky: Dua pegawai SPRM ditahan

    adminBy admin28/04/2021Updated:28/04/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PUTRAJAYA | Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan dua pegawainya yang dipercayai terlibat dengan jenayah terancang, Geng Nicky.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah memberi kerjasama kepada polis dengan menyerahkan kedua-dua pegawai berkenaan bagi membantu siasatan.

    “Saya memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam hal ini malah akan menyerahkan lagi mana-mana pegawai SPRM sekiranya ada yang terlibat,” katanya pada Selasa.

    Sebelum ini, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya menahan dua pegawai SPRM berpangkat penolong pesuruhjaya dan penguasa yang bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dalam Op Pelican 3.0 fasa dua.

    Turut ditahan, 10 pegawai polis termasuk dua daripadanya berpangkat superintenden dan inspektor yang bertugas di Bukit Aman, selain pegawai di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

    Geng Nicky dipercayai didalangi oleh ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow Soon Hee kini berada dalam senarai individu dikehendaki dan dikenakan notis merah oleh Polis Antarabangsa (Interpol).-SINAR HARIAN

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePerokok Covid 19 risiko dua kali ganda mendapat komplikasi teruk
    Next Article PM setuju denda RM50,000 keterlaluan
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.