Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Mayat bapa diikat di bumbung kereta
    Global

    Mayat bapa diikat di bumbung kereta

    adminBy admin28/04/2021Updated:28/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    AGRA (India) | Seorang lelaki mengikat mayat bapanya di bumbung kereta untuk dibawa ke pusat pembakaran mayat di Mokshadham setelah gagal mendapatkan ambulans.

    Selepas beberapa jam melakukan ritual terakhir ke atas mayat bapanya itu, lelaki tersebut kecewa kerana ambulans yang dipanggil tak kunjung tiba lalu nekad mengikat mayat bapanya di bumbung kereta.

    Adegan yang mengejutkan itu itu menyebabkan banyak orang di pusat pembakaran itu menitiskan air mata.

    Agra telah bergelut dengan lonjakan kes COVID-19 dan kemudahan untuk rawatan yang lemah.

    Bandar ini melaporkan lebih dari 600 kes setiap hari. Dalam sembilan hari terakhir, 35 orang telah mati kerana COVID-19, kata sumber.

    Di tengah kekurangan ambulans, orang ramai terpaksa menunggu hampir enam jam untuk membawa mayat mangsa Covid-19 ke tempat pembakaran.

    Hospital swasta di Agra tidak menerima pesakit dan daerah berdekatan – Mainpuri, Firozabad dan Mathura – menghantar pesakit kritikal ke bandar.

    Mainpuri melaporkan 369 kes baru dalam sehari diikuti oleh Etah (237), Mathura (190), Firozabad (80) dan Kasganj (42), menurut data.

    Lapan orang mati di daerah Mainpuri diikuti oleh Etah (tujuh), Agra (5), Mathura (empat), Firozabad (dua) dalam satu hari.

    Aktivis sosial Yogesh Malhotra memberitahu India Today bahawa jumlah kes dan kematian terus meningkat di Agra.

    Presiden Parti Samajwadi (SP) bagi daerah itu, Ramgopal Baghel menyalahkan kerajaan negeri dan Pusat atas keadaan itu.

    “Kita semua dapat melihat bahawa BJP telah sepenuhnya gagal menangani wabak ini.

    “Kegagalan parti itu akan terungkap kali ini. Kekurangan kemudahan perubatan penting untuk pesakit seperti oksigen, tempat tidur dan ubat dapat dilihat dengan jelas.

    “BJP menyesatkan orang dengan membuat janji palsu,” katanya kepada India Today.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article110 tapak perkuburan purba ditemukan di Mesir
    Next Article Nanggala: Prestasi Prabowo perlu dinilai semula
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.