Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » PAS konsisten bawa agenda penyatuan ummah
    Pendapat

    PAS konsisten bawa agenda penyatuan ummah

    adminBy admin28/04/2021Updated:28/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KANGAR: Biarpun Umno muktamad mahu mengakhiri kerjasama dengan Bersatu sehingga Ogos ini, namun PAS tetap konsisten memastikan agenda penyatuan ummah.

    Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Ustaz Hashim Jasin berkata, kesepakatan antara ketiga-tiga parti Melayu iaitu Umno, PAS dan Bersatu penting untuk menghadapi pilihan raya.

    Katanya PAS sentiasa istiqamah memastikan ketiga-tiga parti politik terbabit bersatu walaupun ada halangan.

    “Kita tidak akan putus asa memastikan perkara tersebut kerana kita belum nampak jalan lain untuk mententeramkan kehidupan rakyat di negara yang berbilang kaum ini,” ujarnya.Beliau ditemui selepas menerima suntikan vaksin dos pertama vaksin Covid-19 di Dewan 2020 di sini hari ini.

    Pada Ahad lepas Majlis Tertinggi Umno memuktamadkan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu dan kerajaan PN sehingga darurat berakhir Ogos 2021.

    Tuan Guru Hashim berkata, perkara paling utama bagi rakyat Malaysia terutamanya umat Islam dan Melayu tanpa mengira fahaman politik ialah perpaduan.

    Oleh itu beliau berharap pemimpin serta ahli Umno dan Bersatu meletakkan matlamat perpaduan di tempat utama.

    “Saya menyeru kepada kempimpinan Umno dan Bersatu supaya kita meletakkan matlamat perpaduan itu di tempat utama seperti kesepakatan yang dipersetujui sebelum ini.

    “Cukuplah pengalaman sebelum ini apabila berlaku perpecahan, sekarang sudah tiba masanya untuk kita bersatu dengan mengambil keberkatan bulan Ramadan,”
    Ujarnya.

    Manakala dalam perkembangan lain Tuan Guru Hashim menyeru orang ramai terutamanya warga emas mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19.

    “Alhamdulillah setakat ini saya tidak berasa apa-apa. Saya yakin Kementerian Kesihatan dan kesemua pihak yang terlibat ikhlas menjalankan tugas.

    “Jadi saya menyeru supaya kita menolak perasaan ragu-ragu terhadap vaksin dan terus mendaftar untik menerima suntikan,” katanya yang kini berusia 81 tahun.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBahan peluntur dijadikan ubat Covid-19
    Next Article Peniaga kedai runcit dikompaun RM50,000
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    PMX kian terdesak?

    26/04/2023

    Rumah terbuka Aidilfitri, bukankah sepatutnya kerajaan berjimat cermat?

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.