Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Peniaga kedai runcit dikompaun RM50,000
    Am

    Peniaga kedai runcit dikompaun RM50,000

    Hidayah AzaliBy Hidayah Azali28/04/2021Updated:28/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Pemilik kedai runcit yang dikenakan kompaun RM50,000 atas kesalahan beroperasi lebih masa tidak mampu untuk membayar kompaun itu kerana ia terlalu banyak.

    Pemilik berkenaan, Mansah Marjurin, 47, berkata, kedai runcit miliknya di Sri Chempaka, di sini, dikompaun pada jam 11.40 malam Ahad lalu.

    Katanya, dia terkejut selepas menerima kompaun yang tinggi walaupun pada masa itu kedainya sudah ditutup dan tiada pelanggan. Ketika itu hanya ada isterinya, Fitriyani Amiruddin, 42, yang sedang bercakap dengan saudaranya yang datang bertandang.

    “Saya menutup kedai pada jam 10 malam dan ketika itu saudara isteri datang bersama anaknya sebelum pihak polis datang.

    “Polis meminta kad pengenalan, sebelum salah seorang daripada mereka terus menulis jumlah kompaun RM50,000 atas kesalahan berniaga lebih masa.

    “Saya tidak mampu untuk membayar kompaun itu dan jika mereka nak suruh saya bayar juga, ambillah kedai ini,” katanya ketika ditemui di kedai runcitnya di sini hari ini.

    Mansah berkata, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jualan kedainya merosot dan hanya memperoleh untung sekitar RM100 sehari.

    “Saya perlu membayar sewa kedai Rm1,400 sebulan, gaji pekerja, menyara isteri dan tiga anak yang masih kecil. Disebabkan tidak cukup wang, saya tidak mampu membayar pinjaman rumah selama tujuh bulan dan sebuah Toyota Hilux milik saya ditarik pihak bank.

    “Saya harap jumlah kompaun ini dapat dikurangkan dan akan membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah hari ini,” katanya.

    Media semalam melaporkan, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, polis akan meneliti semula kompaun itu dan akan memanggil peniaga terbabit, termasuk dua lagi yang turut dikenakan kompaun yang sama.-Journal Malaysia

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePAS konsisten bawa agenda penyatuan ummah
    Next Article KASA rangka tubuh Suruhanjaya Alam Sekitar Negara
    Hidayah Azali

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.