KUALA LUMPUR | Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri menunaikan solat sunat tarawih berjemaah bersama para menteri, timbalan menteri dan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.
“Alhamdulillah, pada malam Nuzul Quran ini saya dan isteri berpeluang menunaikan solat sunat tarawih berjemaah bersama para menteri, timbalan menteri dan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.
“Terdahulu, kami berbuka puasa bersama-sama sebelum mendirikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah, dengan diimamkan oleh Ustaz Izmal Zaidi, Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya.


“Saya bersyukur kerana turut berkesempatan mengikuti tazkirah oleh Ustaz Badli Shah Alauddin tentang mukjizat al-Quran, sesuai dengan sejarah malam turunnya kitab suci umat Islam,” katanya.
Beliau berkata, semoga amalan baik semua mendapat pahala dan diterima oleh Allah SWT. Insya-Allah.
“Marilah sama-sama kita tingkatkan amal ibadat di bulan Ramadan yang mulia ini dan menjauhi segala kemungkaran,” katanya.-Journal Malaysia.