Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » 23 kes baharu di Singapura termasuk jururawat
    Global

    23 kes baharu di Singapura termasuk jururawat

    adminBy admin29/04/2021Updated:29/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SINGAPURA | Kementerian Kesihatan Singapura melaporkan 23 kes baharu COVID-19 pada Rabu, melibatkan seorang jururawat di Tan Tock Seng Hospital (TTSH), lapor Bernama.

    Menerusi data penuh yang dikeluarkan lewat malam tadi, kementerian itu memaklumkan berikutan pengesanan kes tersebut, TTSH telah menutup wad yang terjejas dan melakukan ujian ke atas pesakit dan kakitangan yang berada di wad.

    “Setakat ini, kami mengesan empat lagi kes yang telah diuji positif awal untuk jangkitan COVID-19. Ia termasuk seorang doktor dan tiga pesakit yang dirawat di wad yang sama,” menurut kementerian itu.

    Sebagai langkah berjaga-jaga, MOH berkata semua petugas yang merawat pesakit yang dijangkiti serta pelawat, pesakit dan kakitangan yang bekerja di wad itu akan dikuarantin.

    Jururawat berusia 46 tahun itu merupakan warganegara Filipina, menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada 26 Jan dan dos kedua pada 18 Feb.

    Daripada 23 kes baharu tersebut, tiga berada dalam komuniti, 20 lagi kes import manakala tiada kes di asrama pekerja asing, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di sini kepada 61,086.

    Setakat ini, kementerian telah mengklasifikasikan 2,353 daripada kes yang dilaporkan sebagai komuniti, kes import (4,217) dan 54,516 melibatkan penghuni asrama.

    Secara keseluruhan 60,718 telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital atau kemudahan rawatan komuniti.

    Terdapat 112 kes yang disahkan pada masa ini masih berada di hospital dengan seorang dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.

    Sebanyak 226 orang yang mempunyai gejala ringan atau secara klinikal sihat tetapi diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan rawatan komuniti.

    Setakat ini, 30 orang telah meninggal dunia di republik ini berikutan komplikasi akibat jangkitan COVID-19.

    Singapura mempunyai enam kluster COVID-19 pada masa ini.

    Tamat

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleWarga emas yang divaksin masih risiko dijangkiti Covid-19
    Next Article PERANG SIBER: PEMBERITAAN YANG MEROSAKKAN
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.