Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Bingkisan Haji Hadi sempena Nuzul al-Quran dari IJN
    Am

    Bingkisan Haji Hadi sempena Nuzul al-Quran dari IJN

    alisha natashaBy alisha natasha29/04/2021Updated:29/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Meskipun masih dirawat di katil pesakit di Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih gagah untuk menitipkan pesanan bersempena Nuzul al-Quran hari ini.

    Presiden Pas itu berkata, sepatutnya dalam kita menikmati kehidupan di Bulan al-Quran, seharusnya sedar betapa pentingnya kembali kepada pelaksanaan Al-Quran yang sempurna dan menyeluruh sama ada dalam aspek ibadat, akhlak, ekonomi, politik, sosial, perundangan, pendidikan dan sebagainya.

    Menurutnya, segala petunjuk al-Quran itu adalah kasih dan rahmat Allah SWT kepada manusia dengan menunjuki jalan yang benar sehingga membawa kebaikan kepada mereka di dunia dan akhirat.

    “Sesiapa yang meninggalkan petunjuk al-Quran, dia akan berada dalam kesesatan dan kemusnahan hidup di dunia dan di akhirat.

    “Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada.

    “Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan membaca al-Quran, menghayati maknanya dan melaksanakan kandungannya dalam seluruh kehidupan individu, bermasyarakat dan bernegara,” katanya.

    Semalam, Ahli Parlimen Marang itu menerima rawatan susulan di IJN untuk beberapa hari atas nasihat doktor.

    Abdul Hadi juga memberitahu bulan Ramadan yang penuh berkat ini bukan sekadar mengingatkan orang Islam dengan berpuasa di siang hari, tetapi bulan ini juga mengingatkan semua dengan bulan Al-Quran.

    “Mukjizat ilmu paling agung kepada umat akhir zaman sehingga ternyata kebenarannya melalui kajian sains dan berjaya mengalahkan teori falsafah barat,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKKM pertimbang kompaun RM50,000
    Next Article PNB: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria pengganti Zeti
    alisha natasha

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.