KOTA BHARU | “Rezeki di bulan Ramadan datang dalam berbagai bentuk. Antaranya ganjaran pahala akibat di fitnah,” kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata, didoakan di penghulu segala bulan, buat semua supaya di buka pintu hati untuk memperbanyakkan ibadat.
Katanya, melakukan perkara makruf dan menjauhi yang mungkar.
“Semoga hidup diberkati,” katanya dalam media sosial Facebook di sini, hari ini.
Terdahulu media melaporkan, penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin menjelaskan bahawa laporan mengenainya sudah berkahwin denga Tan Sri Annuar Musa adalah tidak benar dan tidak masuk akal.
Penyanyi terbabit mengakui tergamam sebaik dimaklumkan anak sulungnya, Muhammad Syakir Iman mengenai laporan itu.