Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Jenazah pekerja Pakistan dibawa pulang Jumaat
    Global

    Jenazah pekerja Pakistan dibawa pulang Jumaat

    adminBy admin29/04/2021Updated:29/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Jenazah seorang pekerja Pakistan, Shahzad Ahmed, yang dipercayai membunuh diri kerana tidak menerima gaji selama enam bulan daripada majikannya, akan dibawa pulang pada Jumaat ini, kata Suruhanjaya Tinggi Pakistan.

    “Gaji yang tertunggak dan bantuan ihsan telah disediakan oleh syarikat kepada keluarga si mati.

    “Jenazah akan dibawa ke Pakistan pada 30 April 2021,” kata Amna Baloch, pesuruhjaya tinggi Pakistan di Malaysia kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

    Dia juga mengesahkan syarikat itu akan menanggung kos penghantaran pulang jenazah ke Pakistan.

    “Suruhanjaya Tinggi selalu memastikan kebajikan pekerjanya dan Pejabat Kebajikan Masyarakat menangani perkara-perkara seperti ini secara eksklusif,” kata Baloch ketika ditanya apakah Kedutaan Pakistan akan membangkitkan perkara itu dengan kerajaan Malaysia.

    Pada Isnin lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Shahzad ditemui mati di sebuah lokasi di Jalan Ampang pada 17 April, setelah membunuh diri.

    Sebelum kematiannya, warga Pakistan berusia 30 tahun itu menyiarkan video di platform media sosial TikTok, di mana dia mendakwa majikannya gagal membayar gaji selama lima bulan.

    Ketua Polis Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata siasatan mendapati syarikat itu tidak membayar pekerja berkenaan dari Disember 2020 hingga April 2021 kerana masalah kewangan akibat perintah kawalan pergerakan.

    Radha Krishnan, ketua pegawai eksekutif Landseal Sdn Bhd memberitahu Malaysiakini bahawa syarikat itu akan menanggung kos untuk menghantar pulang jenazahnya ke Pakistan dan memberikan bayaran ihsan kepada keluarganya.

    Jabatan Tenaga Kerja sedang menyiasat kes itu di bawah Akta Pekerjaan 1995.

    Seorang pegawai jabatan itu berkata siasatan kebiasaannya mengambil masa dalam tempoh seminggu. -MALAYSIAKINI.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleRadzi Jidin terkejut ada murid takut UPSR
    Next Article Kenyataan Media Menteri Kesihatan Malaysia
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.