Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » KKM pertimbang kompaun RM50,000
    Am

    KKM pertimbang kompaun RM50,000

    alisha natashaBy alisha natasha29/04/2021Updated:29/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Susulan kompaun RM50,000 yang dikeluarkan kepada tiga peniaga kecil, Polis Kelantan sudah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kesihatan Negeri.

    Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, hasil perbincangan tersebut, Polis Kelantan akan mengambil tindakan mengikut garis panduan penetapan nilai tawaran kompaun yang di tetapkan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dan peraturan-peraturan di bawahnya.

    Katanya, pihaknya juga dimaklumkan Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempertimbangkan kompaun yang dikenakan mengikut garis panduan.

    “Merujuk kepada kompaun 26 April lalu, kes tular di media sosial iaitu pemilik gerai burger, kedai runcit dan gerai colek. KKM memaklumkan kesemua pemilik premis ini akan dipertimbangkan kadar kompaun sepertimana dalam garis panduan.

    “Bagi kes-kes lain yang dikenakan kompaun bagi individu dan premis sebelum ini dinasihatkan supaya membuat rayuan kepada pihak KKM untuk mendapatkan kadar pengurangan kompaun mengikut garis panduan dikeluarkan kerajaan Malaysia,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

    Shafien mengingatkan masyarakat di Kelantan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk hentikan rangkaian Covid-19.

    Media sebelum ini melaporkan, tiga peniaga dikenakan kompaun RM50,000 pada Ahad lalu kerana menjalankan operasi lebih masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) di Pengkalan Chepa, membabitkan peniaga burger, colek dan kedai runcit.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePelajar IPT dibenarkan balik kampung Aidilfitri ini
    Next Article Bingkisan Haji Hadi sempena Nuzul al-Quran dari IJN
    alisha natasha

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.