Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » PNB: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria pengganti Zeti
    Am

    PNB: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria pengganti Zeti

    adminBy admin29/04/2021Updated:29/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria kini disebut-sebut akan dilantik mengantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB).

    Arifin berkhidmat sebagai ketua hakim negara antara 2011 hingga 2017.

    Pengumuman mengenai pelantikan Arifin akan dibuat pada bila-bila masa sahaja.

    Jumaat adalah tarikh PNB dijadual mengadakan mesyuarat agungnya.

    Zeti yang merupakan bekas gabenor Bank Negara mengambil alih jawatan pengerusi PNB pada Jun 2018 daripada Tan Sri Abdul Wahid Omar, yang kini merupakan pengerusi Bursa Malaysia Bhd.

    Sinar Harian pada 20 Mac lalu dalam laporan muka depannya memetik satu sumber dalaman sebagai berkata yang tempat Zeti akan diganti apabila kontraknya tamat Jumaat ini.

    Laporan itu juga menyebut yang dua nama telah disenarai pendekkan untuk pertimbangan perdana menteri.

    Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah juga Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) iaitu pemilik PNB.

    Sementara itu, PNB dalam kenyataan medianya pada Khamis, mengumumkan bahawa Zeti secara rasmi menulis surat kepada perdana menteri menyatakan hasrat beliau untuk tidak memperbaharui tempoh perkhidmatannya.

    Menurut kenyataan itu, Zeti telah memacu perjalanan transformasi PNB sejak pelantikan beliau sebagai pengerusi kumpulan sejak 2018, yang telah menyaksikan institusi tersebut mencapai kemajuan besar dalam tiga bidang utama.

    Pertama, usaha kepelbagaian ke dalam kelas aset dan pasaran global yang lebih luas menyaksikan pendedahan PNB dalam aset antarabangsa meningkat kepada 12.3% pada akhir tahun 2020.

    Usaha ini telah mengukuhkan portfolio pelaburan PNB daripada hanya tertumpu dalam ekuiti domestik.

    Kedua, PNB telah berjaya mengukuhkan keupayaan pengurusan risiko dan kecairannya, dengan fokus menurunkan peratusan pegangan tunai yang tinggi hasil daripada pengurusan pendedahan risiko pertukaran asing yang lebih besar.

    PNB juga kata kenyataan itu telah memulakan transformasi organisasi di seluruh kumpulan yang menghasilkan inovasi digital, kecekapan operasi dan pengembangan bakat menerusi pelbagai inisiatif.

    Sementara itu Zeti menerusi kenyataan yang sama berkata, “Kesempatan berkhidmat sebagai Pengerusi Kumpulan PNB selama tiga tahun ini ialah satu penghormatan buat saya, di mana PNB telah melaksanakan agenda transformasi organisasi dalam tempoh yang mungkin paling mencabar dan transformatif pernah dialami.

    “Hari ini, agenda transformasi ini telah mendorong potensi peningkatan prestasi dan inovasi yang lebih besar, serta kecekapan yang lebih tinggi.

    “PNB kini berada dalam kedudukan teguh untuk melakukan yang lebih baik lagi pada masa depan dan meraih penciptaan nilai jangka panjang yang disasarkan demi para pemegang unit kami.”-SINAR HARIAN.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBingkisan Haji Hadi sempena Nuzul al-Quran dari IJN
    Next Article BERSATU HARGAI KOMITMEN KERAJAAN PN LAKSANA UNDI 18
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.