KUALA LUMPUR | Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).
Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir Sulaiman berkata, rawatan itu dibuat atas nasihat doktor bagi tempoh beberapa hari.
“Adalah dimaklumkan bahawa Yang Berhormat (YB) Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kini sedang menerima rawatan susulan di IJN, atas nasihat doktor bagi tempoh beberapa hari.
“Marilah kita berdoa supaya YB Datuk Seri Tuan Guru dikurniakan kesembuhan dan kesihatan untuk terus berkhidmat kepada ummah. Terima kasih.
“Dan apabila aku sakit, maka Dia (Allah) yang menyembuhkan” (As-Syuara’: 80),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook di sini, malam tadi.-Journal Malaysia.