KOTA BHARU | Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Dr Md Yusnan Yusof meninggal dunia di kediamannya di Ketereh, di sini, awal pagi tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.28 pagi tadi.
Anaknya, Mohd Auzaie Mohd Yusnan menerusi laman Facebook memaklumkan, bapanya telah pergi menghadap Ilahi pada jam 2.28 pagi.
“Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan bahawa Baba, Dr Yusnan Albadar telah pergi menghadap Ilahi.
“Mohon doakan arwah ditempatkan dikalangan para solihin.
“Insya-Allah solat jenazah akan diadakan pada jam 2 petang bertempat di Masjid Ketereh.
“Mohon kepada semua untuk patuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.