Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Covid-19: Kita ikhtiar, jangan lupa kuasa Allah
    Pendapat

    Covid-19: Kita ikhtiar, jangan lupa kuasa Allah

    adminBy admin01/05/2021Updated:01/05/2021No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh

    DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengajak semua ahli politik untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan di kala negara sedang sibuk berhadapan dan bergelut dengan pandemik Covid-19 yang melanda sejak setahun lebih yang lepas.Kenyataan-kenyataan media sama ada berbentuk video atau tulisan kalangan ahli politik yang berlegar dengan membawa naratif kononnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada hari ini gagal dengan peningkatan angka positif Covid-19 adalah satu kerja jahat yang merosakkan mood petugas barisan hadapan dan rakyat yang kini bersama-sama dengan kerajaan PN dengan fokus yang sama.

    Lontaran persoalan mengenai peningkatan angka positif sedangkan penguatkuasaan PKP, PKPD, PKPB dan PKPP sedang berlangsung adalah persepsi yang tidak wajar bagi seorang ahli politik malah seakan lupa akan segala yang berlaku terkait dengan ketentuan dari Allah sebagai ujian. Kita sebagai manusia hanya rancang, usaha dan ikhtiar, selebihnya adalah serah pada ketentuan daripada Allah.

    Peningkatan angka positif ini bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja malah boleh dilihat di negara-negara luar juga dan paling ketara ialah di India. Ia bukan soal gagal atau berjaya negara kita, tetapi kerajaan PN telah berusaha sehabis baik dengan penguatkuasaan SOP ditambah lagi suntikan dana dari satu pakej ke satu pakej sejak PKP 1.0 tempoh hari bagi tujuan meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas.

    Mengapi-apikan polemik dengan naratif jahat sebegini tidaklah menguntungkan apa-apa kepada negara dan rakyat. Malah sehingga ke hari ini sekalipun, terdapat serahan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menamatkan awal proklamasi darurat serta desakan Parlimen bersidang, namun Yang di-Pertuan Agong masih dengan ketetapan awal mengajak seluruh rakyat mematuhi SOP dan gembleng tenaga bersama memberikan fokus keutamaan untuk menyelesaikan isu pandemik ini sebagaimana menerusi kenyataan Media Istana Negara yang dikeluarkan pada 30 April 2021, baru-baru ini.

    Dan Dato’ Seri Najib Razak juga dinasihatkan agar kurangkan troll dan lontaran polemik yang tidak memberikan apa-apa faedah kepada situasi sekarang ini, perkara tersebut hanya keseronokan untuk mendapatkan reaksi suka oleh pengikut sendiri di media sosial sahaja. Beliau sebagai mantan Perdana Menteri sepatutnya turut serta bersama dalam fokus ini membantu rakyat yang susah dan seiringan dengan tindakan kerajaan jika benar berjiwa besar setelah tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

    Jika beliau meneruskan sikap sebegini sebenarnya beliau sendiri seolah-olah memperkecilkan peranan menteri-menteri kalangan Umno-BN yang ada dalam kerajaan dan yang terlibat langsung dalam Kabinet sekarang ini. Maka jika begitu, kalau mahu disebutkan gagalnya kerajaan PN maka beliau sendiri sebenarnya mengatakan kepada parti beliau sendiri semenangnya gagal dan tidak berfungsi.

    DUPP menegaskan bahawa komitmen kita semua pada hari ini ialah tangani pandemik dengan semangat kebersamaan tanpa ada yang cuba mengambil peluang kepentingan politik pihak tertentu dengan mengganggu kerja-kerja pemulihan ekonomi dan penguatkuasaan SOP dalam membendung penularan Covid-19. Usaha bersama ini adalah sebagai bukti keprihatinan ahli politik cakna isu kesejahteraan dan kebajikan rakyat umum.

    Firman Allah SWT:

    (قُل لَّن یُصِیبَنَاۤ إِلَّا مَا كَتَبَ ٱللَّهُ لَنَا هُوَ مَوۡلَىٰنَاۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡیَتَوَكَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ)

    Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”. [Surah At-Taubah: 51]

    Ulamak Perteguh Muafakat
    Islam Memperkukuh Perpaduan

    YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
    Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
    Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)
    19 Ramadan 1442 l 1 Mei 2021

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKenyataan Media Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
    Next Article Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    PMX kian terdesak?

    26/04/2023

    Rumah terbuka Aidilfitri, bukankah sepatutnya kerajaan berjimat cermat?

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.