Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » PAS ajak Umno, Bersatu rasai manis gabungan PN, MN
    Politik

    PAS ajak Umno, Bersatu rasai manis gabungan PN, MN

    adminBy admin01/05/2021Updated:01/05/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU: Pemimpin Umno, Bersatu dan PAS boleh merasai kemanisan politik dengan menyertai gabungan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

    Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, langkah itu dilakukan bagi memastikan peristiwa selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak berulang ekoran kuasa politik Islam dan Melayu dicabar.

    “Walaupun pernah buat maksiat, kesalahan dan sebagainya tetapi kemanisan iman masih ada dalam dirinya untuk melakukan perubahan, kita sedar orang PAS bukan seperti malaikat, kita ada dosa juga, besar dan kecil.

    “Kita ajak mereka yang sayang kepada Islam, ada orang Islam hanya pada nama tetapi menolak Islam, kita tolak liberal, kita juga ajak orang bukan Islam yang berada di bawah kepimpinan Islam,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada ceramah Badar al Kubra yang disiarkan secara dalam talian sempena 17 Ramadan malam tadi.

    Ia dianjurkan Badan Perhubungan PAS Kelantan. Turut menyampaikan ucapan Pesuruhjaya PAS Kelantan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Ketua Penerangan Dato’ Mohd Nassuruddin Daud dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri Dato’ Che Abdullah Mat Nawi.

    Tuan Guru Abdul Hadi berkata PAS terus utuh di persada politik tanah air walaupun pernah dicantas, diganggu dan dipecahkan oleh pembangkang, namun perjuangan membawa syiar Islam terus mendapat perhatian di Malaysia.

    Beliau mengumpamakan PAS sebagai sebuah pokok yang semakin membesar dan subur dengan akar tunjang yang kukuh untuk hadapi cabaran.

    “PAS terus meneruskan perjuangannya walaupun dicantas satu dahan, tetapi tumbuh 10 ranting kecil yang menjadi dahan yang kukuh.

    “Inilah kehebatan perjuangan Islam yang dibawa dan dirasai dalam PAS yang kita dokong hari ini.

    “Semakin hari semakin subur kerana tunjang kita kuat. Kita dapat rasai kemenangan sedikit di Kelantan, Kedah dan Terengganu, ini adalah kurniaan Allah yang perlu disyukuri dan tidak alpa dengan kemenangan,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/4/2021

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBadar al-Kubra: Pertolongan Allah paling utama
    Next Article Manipulasi timbangan sawit: 56 pemegang lesen dikenakan tindakan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.