Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » PAS dan Umno padu kekuatan mahu menangi PRU15
    Politik

    PAS dan Umno padu kekuatan mahu menangi PRU15

    adminBy admin01/05/2021Updated:01/05/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUANTAN: Konsensus PAS dan Umno Negeri Pahang mengekalkan status quo untuk menghadapi PRU15 melambangkan hubungan Muafakat Nasional (MN) di negeri ini, demikian kata Pesuruhjaya PAS, Ustaz Rosli Abdul Jabar.

    Menurut beliau, keputusan diumumkan bersama Pengerusi Umno Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail itu membuktikan keikhlasan persaudaraan kedua pihak semata-mata demi menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.Jelas beliau, ia juga petunjuk kekuatan agenda penyatuan dan perpaduan ummah yang membawa kepada termeterai Piagam MN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 14 September 2019 lalu.

    “Jika PRU14 dahulu PAS dan Umno adalah dua pihak yang terasing, PRU15 ini sebagai satu pasukan. Seluruh kekuatan umat Melayu-Islam khususnya akan terhimpun bersama menjadi sokongan lebih ampuh.

    “Demikian muafakat yang perkasa seperti ini, kita yakin kerusi yang berada di pihak Pakatan Harapan (PH) terutama DAP dapat berpindah milik kepada MN sekali gus terus menerajui negeri,” ujar beliau.

    PAS dan Umno katanya, bukan sahaja perlu menjamin kemenangan majoriti di dua pertiga, tetapi memastikan tiada lagi pembangkang yang membawa haluan berbeza dari Perlembagaan Negara sebagaimana tindakan PH.

    Menurutnya, gabungan kedua parti dalam pentadbiran kerajaan negeri selepas PRU15 kelak akan dapat membawa Pahang ke satu tahap lebih tinggi dalam mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negeri.

    Hal tersebut ulasnya, akan direalisasikan dari pengalaman, kompetensi dan kepakaran sedia ada dari kedua-dua parti sebagaimana keharmonian ditunjukkan penggal pemerintahan pasca-PRU14 ini.

    Menurut beliau, penegasan PAS dan Umno Pahang itu adalah selari dengan pendirian Muafakat Nasional di peringkat Pusat yang berusaha menyatu dan memperteguhkan kembali negara ini dari agenda dimeterai.

    Adapun pada sudut pendekatan dan strategi politik maklumnya, tindakan dan kepatuhan PAS Pahang tetap tertakluk kepada arahan-arahan semasa PAS Pusat dan ketetapan dasar dari Majlis Syura Ulamak PAS.

    Dari sudut jentera akar umbi katanya, sentiasa dalam siap siaga di semua Parlimen dan DUN negeri itu untuk mengekal atau membantu kemenangan sebelum ini serta memenangi kerusi yang berada di pihak pembangkang.

    Kedua pihak menegaskan bersetuju bertanding di kerusi dimenangi parti masing-masing pada PRU15 nanti, manakala kerusi di pihak pembangkang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Perunding Kerusi pada mesyuarat Rabu. – HARAKAHDAILY 1/5/2021

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleManipulasi timbangan sawit: 56 pemegang lesen dikenakan tindakan
    Next Article SOP DUA DARJAT PERLU DIHENTIKAN, PENGUAT KUASA HARUS PATUH NASIHAT PERDANA MENTERI
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.