KOTA BHARU | Kerajaan negeri mahu situasi peningkatan kes Covid-19 yang berterusan melebihi 400 pesakit setiap hari ditangani segera dengan kerjasama semua lapisan masyarakat.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di tempat awam khususnya pasar atau pasaraya di negeri ini masih lemah dan perlu diperketatkan bagi memutuskan rantaian Covid-19.
“Daripada (zon) hijau bertukar merah…Ini membimbangkan kita. Kaedah SOP yang dijalankan sudah diperakui seluruh dunia.
“Jika setiap orang jaga diri di rumah mereka atau di mana saja tempat awam, Insya-Allah (kes berkurang),” katanya ketika ditemui selepas lawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Salor, di sini, hari ini.
PKRC Salor ini beroperasi pda 25 April lalu menggunakan dua blok asrama harian yangbkini menempatkan 183 pelajar dengan kapasiti maksimum boleh memuatkan 350 katil.
Kelantan kini sudah membika enam PKRC termasuk terbaharubdi Dewan Utama Kampus Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang akan beroperasi bermula esok dengan kapasiti 496 katil.
Keseluruhan kapaiti PKRC di Kelantan setakat ini 1,394 katil.