KUALA LUMPUR | Kes pertama kemasukam varian Covid-19 dari India direkodkan di negara ini dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata mutasi itu dikenalpasti daripada hasil analisis keseluruhan jujukan genom (WGS), selepas saringan dibuat di pintu masuk utama negara.
Beliau berkata, kes mutasi berganda yang difahamkan menyumbang hampir 60 peratus daripada penularan secara besar-besaran di India ketika ini dikesan menerusi seorang warga republik itu.
“Kita mengesan kes pertama varian India, dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1 menerusi kemasukan seorang kerakyatan India apabila melakukan saringan di Lapangan Terbang Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya dalam kenyataan, hari ini.