KUALA LUMPUR- Tular yang mengatakan seluruh negeri Selangor akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 4 Mei ini adalah palsu.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataan ringkas hari ini memaklumkan penyebaran berita berkenaan adalah tidak benar.
“Kenyataan ini adalah palsu. Berhenti menyebarkannya. Pastikan sahih baru kongsi,” kata kenyataan itu ringkas hari ini.
Tular berkenaan turut memaklumkan yang Mesyuarat Jawatankusa Kerja Keselamatan Negeri Selangor bertarikh 1 Mei memutuskan tiada pergerakan antara daerah semasa PKP.
Selain itu, tular berkenaan juga menyebut tiada bazar Ramadan dan pasar malam dan kedai makan hanya dibolehkan untuk ‘take away’ sahaja.