Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » 3 kapal penguatkuasa Vietnam cuba halang Maritim tahan bot nelayan asing
    Am

    3 kapal penguatkuasa Vietnam cuba halang Maritim tahan bot nelayan asing

    adminBy admin03/05/2021Updated:03/05/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA TERENGGANU | Cubaan tiga kapal penguatkuasa Vietnam menceroboh perairan Malaysia semata-mata untuk menghalang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) daripada menahan tiga bot nelayan asing dari negara itu gagal, Jumaat lalu.

    Dalam kejadian berkenaan, kapal penguatkuasa Vietnam Fisheries Resources Surveillance dan Vietnam Coast Guard dilaporkan bertindak agresif dengan menghimpit bot tahanan sekali gus membayangi aset KM Gemia yang menjalankan tugas di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara.

    Pengarah Maritim Malaysia negeri, Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli berkata, penguatkuasa tersebut turut meminta KM Gemia melepaskan bot-bot nelayan mereka, namun permintaan itu tidak dilayan berikutan kesalahan besar menceroboh dan merompak hasil laut negara.

    “Tindakan cekap dan gigih anggota KM Gemia yang sentiasa tegas menyebabkan aset-aset penguatkuasa Vietnam beredar daripada merapati bot tahanan dan seterusnya keluar dari perairan negara.

    “Tiga bot nelayan Vietnam yang ditahan pada kedudukan 119 ke 120 batu nautika dari Kuala Terengganu itu membawa 19 kru termasuk tekong yang berusia antara 21 hingga 61 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Menurut Muhammad Suffi, turut dirampas ialah kira-kira 1.5 tan hasil laut, 4,500 liter diesel dan peralatan menangkap ikan yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM4.5 juta

    Katanya, pemeriksaan mendapati kesemua nelayan asing berkenaan tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Perikanan 1985.

    Terdahulu, katanya, dua daripada bot yang ditahan mengalami kerosakan dan terpaksa ditunda KM Gemia dengan perjalanan mengambil masa 55 jam.

    Dalam perkembangan sama, Muhammad Suffi memberitahu, Maritim Malaysia Terengganu berjaya menahan 87 bot nelayan asing bersama 960 kru sepanjang pelaksanaan Op Kuda Laut.

    Tamat

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIsteri hamil, anak pula menangis
    Next Article Daging lembu, produk dari India bebas dari Covid-19
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.