Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » DUN Melor kosong, kerajaan negeri serah kepada SPR
    Politik

    DUN Melor kosong, kerajaan negeri serah kepada SPR

    Hidayah AzaliBy Hidayah Azali03/05/2021Updated:03/05/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Pilihan raya atau tidak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub berkata, Kerajaan Negeri Kelantan menyerahkan kepada budi bicara SPR untuk membuat keputusan.

    Katanya, kekosongan kerusi di DUN Melor selepas penyandangnya, Dr Md Yusnan Yusof meninggal dunia pada jam 2.28 pagi Jumaat lalu.

    “Saya ingin memaklumkan pada pagi ini, kita menerima sijil kematian Yang Berhormat Dr Md Yusnan Yusof daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Beliau meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung.

    “Mengikut Perkara 46 (5) Bahagian Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukan, apabila berlaku kekosongan kerusi mana-mana DUN dalam negeri Kelantan, maka saya akan memaklumkan atau menghantar surat secara rasmi kepada SPR hari ini.

    “Ia bagi memaklumkan kekosongan sesuatu kerusi dan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan itu, maka SPR perlu mengisi kekosongan itu,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, semalam.

    Beliau berkata, pemakluman itu akan dibuat secara rasmi kepada SPR.

    Katanya, jika suasana biasa akan ada pilihan raya kerana kerusi itu tidak cukup tempoh selama tiga tahun. Ia cukup tempoh pada 9 Mei ini.

    “Namun, kita serahkan kepada SPR kerana kini dalam tempoh darurat,” katanya.

    Media sebelum ini melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Dr Md Yusnan, 53, meninggal dunia di kediamannya pada jam 2.28 pagi, Jumaat lalu.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKelantan Akan Tubuh Hospital Medan
    Next Article Penerbangan kargo bukan penumpang – Wee Ka Siong
    Hidayah Azali

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.